Tuesday, May 21, 2013

~Doa Dhuha..~

Salam..

Ya Allah, rasa  sedap sangat-sangat dengar lagu Doa Dhuha ni. Tak jemu mendengar. Dan tak kan pernah jemu rasanya walaopun berulang kali dengar.
En.Somi kata : " Itulah doa dhuha.."
Bila dengar maksud Doa ni lagila rasa teruja dan bersemangat.

Cuba dengarkan....sedap sangat. Sangat-sangat bermakna maksudnya..

Maksud Doa Dhuha::
Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
 kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu 
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
 dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
 jika haram, sucikanlah dan
 jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, 
kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan 
kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Semoga "keterujaan" dengar lagu ni, buat kita semakin teruja nak buat solat dhuha dan terbuka hati untuk belajar solat dhuha ~untuk saya juga. Dan semoga dibukakan :"rezeki" yang halal dan berkat untuk kita. Insyaallah..
-------------------------------------------
Ni pun rezeki...
Nasi minyak, Ayam masak Beriani
Masak jumaat lepas~

Sebenarnya saya nak masak Nasi minyak, Ayam Kerutuk. Tapi...rempah kerutuk takda kat kedai runcit ni kata En.Somi, biasanya beli kat pasaraya. So, cancel, masak ayam beriani, baki rempah beriani haritu ada lagi. Tak nak pening-pening, buat ja apa yang ada.=)
Kenapa tak masak nasi beriani?
Masa birthday En.Somi bulan 3 baru masak nasi beriani, jadi nak tukar belajar masak nasi minyak pulak. Alhamdulillah, En.Somi kata sedap..=))

Makaroni Bakar


Heheh, dapat jugak buat akhirnya, walopun bahan-bahan tak berapa nak cukup. Cheese yang ada hanya 3 keping ja. Tapi menjadi jugak. Sedap!! Nak Puji diri sendiri ni..=) Gigih!!
Bleh buat lagi pasni... Jom try, senang ja..=)




Saturday, May 18, 2013

5 bulan sudah : "Muhammad Irfan Rizqi.."~

Salam Sabtu....

Alhamdulillah..Semalam ujan. Akhirnya ujan turun. Syukurlah...=)

Dan hari ni buah hati Ummi dah genap 5 bulan. Eh, macam baru semalam Ummi update perkembangan Irfan 4 bulan. Ummi Bz la tak sempat nak share cerita Irfan...

Ni video semalam. Kemain seronok lagi. Camni la gaya dia kalo main ngan Abi..

video

Sebab tu kalo Abi ada, dia payah nak tidoq, kalo malam mesti tido lambat..

Gaya budak tecik yang da pandai tahan mata..~



Minggu depan kita p klinik jumpa Cik Puan Misi ye,
Takmo nangis ye kena cucuk nanti cayang Ummi..=) 

Thursday, May 16, 2013

~ Hepi Teachers Day 2013~



 Mak cakap CIKGU macam MAGEE, makanan rutin ‘time’ susah,
Ayah cakap CIKGU macam D’SEEKERS, menakutkan…
Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada…
Tapi…saya cakap CIKGU macam L’OREAL kerana dirimu begitu berharga!
SELAMAT HARI GURU… Guru Pembina Negara Bangsa

Selamat Hari Guru,
Istimewa untuk sahabat maya saya yang bergelar guru:
Kak Dinas Aldi, Kak MP, Kak Dayana Bahar, Kak Ariana, Kak Anim,
Cikgu Etuza, Cikgu FarizaFairuz,
Dan semua sahabat blogger yang bergelar Guru.

-------------------------------------

saya pun penah jadi Cikgu jugak, Cikgu taska ja. Tapi, pengalaman yang lebih dari setahun jagung, sangat-sangat bermakna, ada pahit dan manisnya. Sungguh, saya sangat-sangat merindukan kenangan itu, serta anak-anak kecil yang sangat-sangat cerdik dan bijak.

'Pendidikan Anak-anak Di Waktu Kecil, Umpama mengukir di Atas Batu..=)'
+pE@cE+

 
Kelas kesayangan~ 

Kek Hari Guru~


Trifle istimewa yang sangat-sangat sedap~ 
Lebih istemewa sebab Ibu amir yang buat untuk teacher...




Sekian..=)

Ucapan "terima kasih" je cukup buat Cikgu rasa dihargai!! kan..

"Jika seorang Kanak-Kanak sentiasa di dampingi dan di terima..dia akan menjadikan dunia ini tempat yang paling selamat, selesa dan bahagia.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...