Thursday, March 21, 2013

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Saya selalu dengar orang kata, selepas bersalin biasanya rambut akan gugur. Ye ke??

Sebulan bersalin, rambut saya Ok je, tak gugur pun...

Rambut saya jenis tebal, kalau panjang gugur jugak. Tapi kalo pendek OK je, tak gugur. Sejak kawin memang da lama saya berambut pendek. Tapi, masa pregnant lama tak gunting rambut, sampaila habis pantang. Saya mula rimas sangat-sangat. Lagila, bila bangun tengah-tengah malam nak susukan Irfan tu, dengan mata mengantunk, rambut pulak la merimaskan, makin penatla la...

Balik Utara lepas abis pantang, saya tak sabar nak gunting rambut. Rimas sangat da rasanya. P kedai gunting, Si Tukang gunting tu bagitau, "Rambut lepas bersalin selalunya gugur tau".  Ye ke? Saya macam tak heran pun, buat tak kesahla, sebab rambut saya OK je....

Masuk ke 3 bulan:

"Banyaknya rambut kat lantai, rambut sapa ni? Rambut En.Somi?
Berterabur la hai..
Haha, takkan rambut En.Somi kot, rambut kamulah, sapa lagi!!

Rambut saya yang gugur, Rambut saya!!
Rambut dah kontot ni pun ble gugur??
Sebelum ni rambut saya kontot tak gugur pun...

Tu dulu...
Ada kebenarannya la. Sungguhla, kalo dah duduk baru tau, kannnnnnnnnnnnn....

------------------------------------------------

Saya tak risau rambut saya nipis, sebab rambut saya memang tebal, bagus jugak kalo gugur, boleh menipiskan rambut yang tebal ni. Tapi......yang paling tak suka tu sebab rambut berterabur satu rumah..............................................lagi rimas...Sakit mata..Nak sapu pun terbang-terbang la.

Sampai bila agaknya rambut ni gugur..??
Meh kita mintak tolong En.Gugel cari punca, kenapa rambut gugur lepas bersalin ni::

-----------------------------------------------

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil? Irfan memang suka main air liur sekarang, logic jugak ni, baby suka buat buih !!

9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama. Lamanya nak normal..huhu 4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Kalo sikat rambut lagi banyak rambut melekat kat sikat tu..!!
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka. Rambut kontot pun saya perasan...ermm


Lama lagila nampaknya, semoga ada magic pasni, rambut saya tak gugur lagi...





28 comments:

  1. rambut deqla sekrg ni pun mmg gugur....huhuhu

    ReplyDelete
  2. ada yg kata rambut gugur bila baby mula menyembur...kira suka main air liur...

    tp mmg rambut lepas bsalin akan gugur...
    hihihihih

    ReplyDelete
  3. Ahaaa..sama la kita..lantai da macam carpet rambut da..sabor je lah..

    ReplyDelete
  4. Ramnut sy pon gugur...dah potong pende pon sama gak..dala rmbut jnis tipis.. =(

    ammar pon suka buat buih2..mula2 ingat dia haus rupa-rupanya mmg die suka main air liur die tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. jenuhlah kalau ggur..rmbut ayu dah lah nipis sikit plk tu..huhu

    ReplyDelete
  6. wah rambut akak mgkin dari baka yg baik kot.hehe selalu jgk org cakap, org lps bersalin akan gugur rambut.

    ReplyDelete
  7. memang gugur pon.. hormon baru nak betol kot.. memang risau kadang2 kalo tengok rambut gugur banyak sangat.

    ReplyDelete
  8. oh maknanya sekejap ja lah kan..
    risau gak lah kang kalo mmg luruh smp bila2 boleh botak lak nti.hehehe

    ReplyDelete
  9. dulu saya pun mcm tu.. tp sekarang pun sama jer.. x semesti lps bersalin kot...

    ReplyDelete
  10. sya pon dulu gitu AA...lelama ok la nanti..risau juga rambut jadi botak..huhuuu

    ReplyDelete
  11. perkara normal ni..lya dlu pon byk rmbut gugur, tp mmg xdela smpai botak..

    ReplyDelete
  12. Err akak tak bersalin pun tapi dari dulu memang biasa dah rambut gugur. Takla sampai botak tapi gugur rambut banyak2 tu biasa ja bagi akak, hehe. Mungkin sebab rambut akak jenis halus & memang biar panjang.

    ReplyDelete
  13. kena cari minyak rambut tertentu jawabnya AA..sikat2 dengan jarilah dulu.

    ReplyDelete
  14. rambut saya jenis nipis..mmg panik kalau gugur huhu

    ReplyDelete
  15. Akak pun lepas bersalin gugur...memang banyak giler...

    ReplyDelete
  16. hehehhe org tua2 selalu ckp kalu anak pandai main buih rambut mak akan ggr, mmg ada betul nyer tp sebenar2nyer sbb hormon dlm bdn kite... nk stabil ke asal, itu yg rambut ggr sume tuh... cume org dulu2 mana lah tau kn

    ReplyDelete
  17. rambut sya pun gugur dear,uwaaaa..nak kena p yu nam hair care kot..heheheeh.

    ReplyDelete
  18. kalau rambut tebal gugur ok lg, kalau rambut nipis cam cikna ni boleh botak. hehe..

    ReplyDelete
  19. Saya ada masalah ni. Naik takut nengok rambut sendiri. Skang ni dah kurang sket. Mungkin sbb amik supplement.

    ReplyDelete
  20. kalau dh mmg slalu gugur mcm mane lak tu. huhu.

    ReplyDelete
  21. M dulu pun sama asyik rambut gugur ja..

    ReplyDelete
  22. Anak i pwn pun da pandai main air liur N rmbt i yg pndk ni gugur dgn bnyk . . Myb ade betl nye ckp org tue2 . . Hee

    ReplyDelete
  23. I dgn u sme je jalan cite nye . Myb btl org tue2 kate . . Hee

    ReplyDelete
  24. Anak i pwn pun da pandai main air liur N rmbt i yg pndk ni gugur dgn bnyk . . Myb ade betl nye ckp org tue2 . . Hee

    ReplyDelete
  25. Ye.betul2....... En somi naik risau tgok rambut kite gugur....sampai suh g hptal,takut2 kanser...dia Tgok dlm tv kalo kn kenser compom ambut gugur byk2.... Last2 kite bg tau la yg benda nie normal slpas 2@3 bln bsalin..mmg tjadi camtu... Humm..ank skrg pun mmg tgh suka mulut buih2....

    ReplyDelete
  26. saya pun ada masalah rambut gugur, tapi, memang sejak dari bujang lagi. nasib baiklah lepas bersalin tak seteruk masa bujang. tapi, bulu mata yang selalu gugur pulak. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...