Tuesday, April 16, 2013

Ruam bayi : "Krim OTC" ~~ Krim MAGIC !

Minggu lepas Irfan kena ruam lampin, pastu melecet pulak celah pelipat. Ummi ni gigih la, sapu losyen, sapu cream pureen n Drapolene. Tapi seminggu tak baik-baik.....

Risaunya saya,
Dari lahir tak pernah jadi macam ni, tapi kali ni tak baik-baik. Naik merah kulit dia, sampai licin nipis la rasanya. Puas la fikir nak letak apa lagi ni, ke kena jumpa Doc jugak..? Saya dah fikir, kalo tak elok jugak nk bawak p klinik ja..

Start Irfan lahir, saya dah bagi Irfan cuba semua jenis pampers, nampaknya Ok. Takda masalah. Akhirnya serasi, saya guna Drypers je untuk Irfan.


Cuma sekarang Irfan pakai Pampers + Cloth Diaper : Riso juga itu sebabnya tak serasi..
-------------------------

Ahad lepas, kawan En.Somi datang rumah. Wife dia memang ramah. Sekali dia bukak topic kes anak dia kena ruam teruk sangat-sangat, sampaila tak nampak kulit katanya, tahap serius la. Puas macam-macam jugak dia buat, tak baik-baik juga..

P klinik, Nurse bukan doctor suggest beli Krim OTC kat kedai ubat cina.

Dia pun cari n cuba sapu kat anak dia, dan lagi hebat katanya, pakai hari ni, esok terus baik!

"Ya ka....??

Saya yang tengah buntu nak cari penawar untuk anak saya ni semestinya teruja n nak cuba! Kebetulan dia bawak cream tu, n bagi kat saya, beria juga dia suruh cuba untuk Irfan.

Ni dia creamnya....


-------------------------------------
Lepas mandikan Irfan, pukul 9 pagi, saya sapukan cream tu.

Jam 12 pm, saya tukarkan pampers Irfan, saya tengok kulit yang melecet kemerahan tu dah berkurangan. Erm..?

Jam 3pm, saya tukarkan pampers Irfan, saya tengok dah elok, tak merah lagi. Magic??

Jam 5.30pm, saya mandikan Irfan, melecet tu dah elok..?

-----------------------------------------

"Abi, melecet irfan dah elok lepas sapu Krim OTC tu.."

"Ye ke, bagusla, nanti kita kirim beli lagi..."

"Tak pelik ke? Cepat betul kesannya?

"Pulak? dah baik pun pelik...."

-----------------------------------------

Maksud saya,
Saya pelik, kenapa cepat sangat ubat tu bertindak? Apa kandungan ubat tu??

Tapi saya memang lega dan bersyukur, ruam n melecet Irfan tu dah elok..=)

Orang kata, bila baby makin besar, air kencing dia makin berubah. Jadi mudah nak kena ruam n melecetni! Baby memang tak meragam, Irfan relax je tak menangis pun, tapi...kita yang tengok melecet tu pun tak sampai hati, Ngeri...!

Saya tak gelar Krim OTC, tapi....Krim MAGIC!

19 comments:

Dayana Bahar said...

akak dulu guna tepung ubi.. elok gak. cara tradisional...

Deqla Manjew said...

krim magic ni khas utk baby2 je ke?? kalo utk dewasa pun sesuai mmg bagus la..bole dptkan...hihi

mala said...

mmg magic! :-)

N.Aima K said...

setakat ni drapolene ok dngn anak2 saya..hmm psl OTC apa kata tanya pendapat doktor bukan apa takut jg kan produk buatan cina ni kadang2 merbahaya hu hu hu.. plus sepatutunya pakai cloth diaper, baby x akan ada ruam. tp pki disposble diaper iya...kena kerap tukar utk kulit baby yg sensitif hu hu

Nafira usof said...

betol2 berkesan yer.. nanti2 boleh lah cuba jugak~

Mrs Velentine said...

kalau ubat mcm ni kena kurangkan penggunaan sebab dos ubat tinggi tue yg effect cepat

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

tahniah tau aine atas kelahiran irfan.. moga dia jadi anak yang soleh ye (^__^)

ANIM said...

Betullah...bila magic sangat pun kita nak tahu kenapa kan? Risau bahan yg ada dalamnya....
Walhal...dah ok tu dah lega rasanya...

norhidana miswan said...

bby kalu ada ruam msti kite risau kan, tkt dia sakit, tak selesa... dulu aiyan ada ruam besar2 kt belakang bdn dia masa bby, sampai naik risau mcm2 krim gune, last2 eoknyer pakai tepung ubi hehehe

Chic Na said...

mmg magic tu. cepat sgt kesannya. huhu.. tp kena tgk2 jugak kan kandungan ubat tu.

Cik Nur™ said...

cepatnya krim tu bertindak ye..
kalau org tanya, bolehlah nur rekemen kan krim ni..

sian baby kan, bila melecek pedih..nak basuh nangis...sian...

kira magic betul krim tu...

Aine Ainun said...

deqla:
boleh cuba gak kot utk org dewasa..

Saya hanya guna bila perlu jaaa, n kalo ble mmg elakkan x mO guna...takut gakkan,,

Aine Ainun said...

Nur ::
Tapi Irfan tak menangis pulak bila cuci atau kena air Nur..
Ok jaa diaa...

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah, ada jugak penawarnya. Tapi akak pun rasa sama macam Aine jugak, cepat benor baiknya, apa kandungan krim tu..?

n O e s u h a i m i said...

betul2 magic tu...cuba bawak jumpa doktor..tengok apa pendapat doktor plak...kita nk jugak tau kandungan dlm ubat tersebut...takut ada kesan sampingan plak...

9n0L4 said...

Allah yg menyembuhkan. krim tu pengantara aje. :)

Anonymous said...

Salam...diminta jgn gunakan lagi ye krim ni...saya ade tanya kawan cina...krim ni mempunyai bahan kimia yg agak berbahaya...memang cepat baik tapi kita tak tahu kesan jangka masa panjangnya...

biar lambat asal selamat...

p/s jgn jadi macam saya...anak dah sakit kulit teruk baru nak ambik tau kesan penggunaan ubat2 krim yang doktor bagi tu kat anak kita...

go natural...be safe :)

Salam (from a concern mom)

Aine Ainun said...

Wasalam...
terima kasih bnayak....
saya sangat2 menghargainya............
saya pun dapat rasa bila cepat sgt tindak balasnya...
mujur sy guna sesekali n bila perlu ja

nanti saya update k=)

Neezjoey said...

Drapolene tak bagus ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...